السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Okay blog kali ni sis nak ceritakan pengalaman training palapes di UTM. Lain u lain cara training sebab lain jurulatih so lainlah cara didikannya. U kitorang antara training yang hardcore selain UPNM and UMT. Bukan nak cerita kebaikan keburukan join palapes nie sebab dah ramai tahu kan. Such as dapat elaun semua bagai. Kat sini nak cerita pengalaman training dekat UTM. By the way sis ROTU NAVY and masih belum tauliah. Baru habes pangkat kadet eh tapi tak habes lagilah belum official lagi. Dah stop merepek sebab memang takkan habes and akan sambung next post ( kalau rajin nak post lah ) .
1) Latihan tempatan
Which is every week. Kalau sem satu dulu setiap sabtu then sem dua setiap jumaat. Sebab bertukar jurulatih so bertukarlah jadual latihan. Sis prefer latihan jumaat sebab boleh rehat terus sabtu and ahad ade tenaga nak ke kuliah. Oh lupa kat UTM Johor nie kuliah ahad sampai khamis so jumaat sabtu cuti. Latihan tempatan start 8 pagi sampai 6 petang TAPI dalam kertas lah hahahahaha. Yang sebenarnya start 5.30 pagi SUDAH DAN MESTI ADA dekat tempat latihan. 5 pagi sampai sunset. Tu paling lama lah sebab ade colours. Colours tu apa? Haaaa masuk dulu hang tau lah perkataan yang navy je yg tau. Buat apa je? Haaaaa sat nak mengeliat sat panjang nak citer. 5.30 pagi tu masuk wisma kemas kemas lepastu prepare solat subuh berjemaah. Lepas je solat rushing berkumpul depan wisma warming up and exercise sikit. Lepastu jogging sampai ke syuruk. Time nie kalau tak fit COMFIRM mental koyak. Sepanjang joging tu kene nyanyi lagu kuat kuat. Katenye sebab nak hilangkan penat and mental. But it true. Kalau kiya jog sendiri pun kita dengar lagu kan, nanti trylah jog sambil nyanyi hahahahahaha. Lepas jog tu rushing tukar baju sebab ade panji-panji sharp pukul 8 pagi. Si usually 7.30 dah berkumpul depan tu. Lepas tu breakfast and start lah kelas masing masing then lunch lepas lunch ade kelas. Petang tu before asar dalam pukul 4 gitu tukar baju exercise lagi. Jogging comfirm paling sikit satu pusingan UTM lepastu ade riadah main bola tampar ke futsal but mostly bola tampar. Lepas main makan petang and ready for sunrise. Haaaaa nampak simple kan? Why dont you try first and then you will know.
2) Latihan renang
Dua minggu sekali selasa malam lepas maghrib sampai isyak. But ikot jugaklah jururlatih punya plan. Kalau yang dah lulus kene jog sampai ke kolam renang. Jauhhhhhh gilaaaaaaaaa. Sis tak pernah kena lagi sebab tak lulus renang tapi jog satu UTM pun pancitttt. Tapi dengar cerita naik sem nie semua tak kira lulus atau belum kene jog jugak. Bayangkan lepas jog tu nak belajar renang. Penat tayah cakap lah. Ingat belajar renang mcm dalam olimpik ke senyum senyum gelak orang ajar baik baik. Tentera beb tentera. So belajar renang cara tentera. Nak tahu mcm mana? Join dulu then baru tau. Paling awal smpai bilik pun pukul 10.30 ke 11 malam usually. And nasib selalu tak menyebelahi sem satu dan sem dua sis ade kals pukul 8 pagi the next day which is rabu. Paling teruk time sem satu rabu tu ade presentation. Memang rabak lah dah la before tu training mcm apa dah. Jiwa kena kuat serious sis cakap.
3) Latihan berterusan
Means mcm bermalam gitulah.And usually buat luar UTM Bestnye elaun masyuk woooo tapi BERMALAM tu lah yang kurang best sikit sebab memang TAKKAN tido malam hahahahaha. Contoh macam (1) pertahanan pangkalan dari pukul enam petang sampai enam pagi esoknya kene dan mesti dan wajib berjaga. (2) Perkhemahan tahunan nie setakat nie buat dekat dalam hutan yang ade sungai luat UTM. Bersar jugak lah event. Yang je nanti sis cerita ye. (3) ACT annual continuous training. pehhhhhh yang nieeee elaun masyuk jangan cakaplah. Tapi duit yang dikeluarkan pun masyuk lah hahahaha. ACT nie unik sikit sebab kita training macam latihan tempatan tetapi secara berterusan selama 2 minggu. yeaah DUA minggu berturut-turut. And sepanjang ACT akan ade jurulatih (KJ) and subby ( dah tauliah) ajar kita. Selaalunya latihan berterusan nie sebulan sekali.
4) Event
Selalunya event nie akan disambut selasa malam. Sebab renang dua kali seminggu kan? So lagi dua minggu tu mungkin ade 'hadiah' atau kelas atau ade event. Event nie best jugaklah ade makan-makan nyanyii but yeahhh cara tentera lah hahahaha.
5) Baris pagi
Haaaaa tak lupa jugak baris pagi. Kalau sem satu dulu lepas je azan subuh terus solat terus berkumpul. kalau ambat 'hutang' -__________________- so kenalah berdiri sampai 7.45 pagi atau 8 pagi. Untunglah kalau sapa yang takde kelas pukul 8. Sis pulak dua dua sem ade kelas pukul 8 pagi so serious rushing gilaaaa nak kejar bas. penat jangan cakaplah dpt pulak kelas tingkat atas sekali fuhhhhhh. Sem satu dulu lagilah sebab pukul 8 pagi tu kelas sukan. Memang kene tukar baju sukan. Dah mcm apa dah time tu.
6) Bonus
Ade jugak aktiviti lain tapi nie tak semua skuad yang join hanya segelintir. But still elaun dapatt. Contoh (1) POP passing out parade. Ikot senior tauliah selama dua minggu. (2) jadi team promosi kene balek awal satu minggu sebab nak promotre navy dekat junior baru masuk. Ade lagi yang lain tapi tak ingat.
DONE. ni lah aktiviti sepanjang latihan palapes. Kalau nak tahu detail each latihan nnti sis cerita pengalaman ye :D Dah nampak kan makin lama makin sikit hahaha sebab tulah blog nie jarang update. Memula je semangat lama-lama hmmm.Thats it for today. Hope you guys enjoy
ReplyDeleteassalamualaikum