Tuesday, 30 August 2016

Pengalaman palapes ( Part 1 )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Okay blog kali ni sis nak ceritakan pengalaman training palapes di UTM. Lain u lain cara training sebab lain jurulatih so lainlah cara didikannya. U kitorang antara training yang hardcore selain UPNM and UMT. Bukan nak cerita kebaikan keburukan join palapes nie sebab dah ramai tahu kan. Such as dapat elaun semua bagai. Kat sini nak cerita pengalaman training dekat UTM. By the way sis ROTU NAVY and masih belum tauliah. Baru habes pangkat kadet eh tapi tak habes lagilah belum official lagi. Dah stop merepek sebab memang takkan habes and akan sambung next post ( kalau rajin nak post lah ) .

1) Latihan tempatan
Which is every week. Kalau sem satu dulu setiap sabtu then sem dua setiap jumaat. Sebab bertukar jurulatih so bertukarlah jadual latihan. Sis prefer latihan jumaat sebab boleh rehat terus sabtu and ahad ade tenaga nak ke kuliah. Oh lupa kat UTM Johor nie kuliah ahad sampai khamis so jumaat sabtu cuti. Latihan tempatan start 8 pagi sampai 6 petang TAPI dalam kertas lah hahahahaha. Yang sebenarnya start 5.30 pagi SUDAH DAN MESTI ADA dekat tempat latihan. 5 pagi sampai sunset. Tu paling lama lah sebab ade colours. Colours tu apa? Haaaa masuk dulu hang tau lah perkataan yang navy je yg tau. Buat apa je? Haaaaa sat nak mengeliat sat panjang nak citer. 5.30 pagi tu masuk wisma kemas kemas lepastu prepare solat subuh berjemaah. Lepas je solat rushing berkumpul depan wisma warming up and exercise sikit. Lepastu jogging sampai ke syuruk. Time nie kalau tak fit COMFIRM mental koyak. Sepanjang joging tu kene nyanyi lagu kuat kuat. Katenye sebab nak hilangkan penat and mental. But it true. Kalau kiya jog sendiri pun kita dengar lagu kan, nanti trylah jog sambil nyanyi hahahahahaha. Lepas jog tu rushing tukar baju sebab ade panji-panji sharp pukul 8 pagi. Si usually 7.30 dah berkumpul depan tu. Lepas tu  breakfast and start lah kelas masing masing then lunch lepas lunch ade kelas. Petang tu before asar dalam pukul 4 gitu tukar baju exercise lagi. Jogging comfirm paling sikit satu pusingan UTM lepastu ade riadah main bola tampar ke futsal but mostly bola tampar. Lepas main makan petang and ready for sunrise. Haaaaa nampak simple kan? Why dont you try first and then you will know.

2) Latihan renang
Dua minggu sekali selasa malam lepas maghrib sampai isyak. But ikot jugaklah jururlatih punya plan. Kalau yang dah lulus kene jog sampai ke kolam renang. Jauhhhhhh gilaaaaaaaaa. Sis tak pernah kena lagi sebab tak lulus renang tapi jog satu UTM pun pancitttt. Tapi dengar cerita naik sem nie semua tak kira lulus atau belum kene jog jugak. Bayangkan lepas jog tu nak belajar renang. Penat tayah cakap lah. Ingat belajar renang mcm dalam olimpik ke senyum senyum gelak orang ajar baik baik. Tentera beb tentera. So  belajar renang cara tentera. Nak tahu mcm mana? Join dulu then baru tau. Paling awal smpai bilik pun pukul 10.30 ke 11 malam usually. And nasib selalu tak menyebelahi sem satu dan sem dua sis ade kals pukul 8 pagi the next day which is rabu. Paling teruk time sem satu rabu tu ade presentation. Memang rabak lah dah la before tu training mcm apa dah. Jiwa kena kuat serious sis cakap. 

3) Latihan berterusan
Means mcm bermalam gitulah.And usually buat luar UTM Bestnye elaun masyuk woooo tapi BERMALAM tu lah yang kurang best sikit sebab memang TAKKAN tido malam hahahahaha. Contoh macam (1) pertahanan pangkalan dari pukul enam petang sampai enam pagi esoknya kene dan mesti dan wajib berjaga. (2) Perkhemahan tahunan nie setakat nie buat dekat dalam hutan yang ade sungai luat UTM. Bersar jugak lah event. Yang je nanti sis cerita ye. (3) ACT annual continuous training. pehhhhhh yang nieeee elaun masyuk jangan cakaplah. Tapi duit yang dikeluarkan pun masyuk lah hahahaha. ACT nie unik sikit sebab kita training macam latihan tempatan tetapi secara berterusan selama 2 minggu. yeaah DUA minggu berturut-turut. And sepanjang ACT akan ade jurulatih (KJ) and subby ( dah tauliah) ajar kita. Selaalunya latihan berterusan nie sebulan sekali. 

4) Event
Selalunya event nie akan disambut selasa malam. Sebab renang dua kali seminggu kan? So lagi dua minggu tu mungkin ade 'hadiah' atau kelas atau ade event. Event nie best jugaklah ade makan-makan nyanyii but yeahhh cara tentera lah hahahaha. 

5) Baris pagi
Haaaaa tak lupa jugak baris pagi. Kalau sem satu dulu lepas je azan subuh terus solat terus berkumpul. kalau ambat 'hutang' -__________________- so kenalah berdiri sampai 7.45 pagi atau 8 pagi. Untunglah kalau sapa yang takde kelas pukul 8. Sis pulak dua dua sem ade kelas pukul 8 pagi so serious rushing gilaaaa nak kejar bas. penat jangan cakaplah dpt pulak kelas tingkat atas sekali fuhhhhhh. Sem satu dulu lagilah sebab pukul 8 pagi tu kelas sukan. Memang kene tukar baju sukan. Dah mcm apa dah time tu. 

6) Bonus 
Ade jugak aktiviti lain tapi nie tak semua skuad yang join hanya segelintir. But still elaun dapatt. Contoh (1) POP passing out parade. Ikot senior tauliah selama dua minggu. (2) jadi team promosi kene balek awal satu minggu sebab nak promotre navy dekat junior baru masuk. Ade lagi yang lain tapi tak ingat.

 DONE. ni lah aktiviti sepanjang latihan palapes. Kalau nak tahu detail each latihan nnti sis cerita pengalaman ye :D Dah nampak kan makin lama makin sikit hahaha sebab tulah blog nie jarang update. Memula je semangat lama-lama hmmm.Thats it for today. Hope you guys enjoy  

Thursday, 21 July 2016

The Story (Part 1)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hai yang membaca blog nie. Makasih kerana sudi mendengar cerita orang. Tak dengar sangatlah. Baca kan kan kan. Okay hari ni lain sikit. Sis nak meroyan dekat blog nie. About? About someone very special who used to live in my heart. Pernah atau Masih? kekekeke. 

  Sis cerita dari awal ye bagi faham. Mase tu sis dekat matrik amek mekanikal engineering. So dalam kelas tu just 2 girls and others are boys. Well duh mechanical kan. Sis just rapat dengan boys budak kelas je. Semua fair and square. Tak caya tanya ex-matrix sis mana rapat sangat dengan laki lain except classmate. Yelaah study makan stay up enjoy semua sekali. Memang makin rapatlah. Just dalam ramai-ramai yang rapat tu. Ade sorang yg lagi rapat berbanding others nama Boy R. Seriously sis anggap die macam adik sendiri walaupun die tua 8 bulan tapi perangai manja. Kalau girls tayah cakap lah semua rapat especially girls mekanikal kuliah dua. Dah mcm famili. 

  Tak lama dalam sem 1, R suka dekat kawan siti sorang nie tapi kelas lain lah nama A. Sis lagi suka mengusik. hahahaha dah budak kelas crush dekat kawan sendiri kan mestilah suka usik. Tak lama lepas tu A pun suka dekat die. So dah suka sama suka and ade relay antara depe. Dalam relay tipulah takde gaduh sikit salah faham sikit jeles sikit kongkong sikit. kan kan. Sebab sis dah rapat dengan R nie so segala benda masalah problem die citer. Sis pun jadilah pendengar penasihat gitu. Actually sis dah memang ade perasaan sikit dekat R. Yelah dah rapat gilaa segala semua citer kat die. More than bro sis relay. Tapi simpan jelah sebab die dah ade awek and awek tu kawan sendiri. It hurts sometime but sis masih boleh tahan.

   Then tak lama depe break sekejap kot. Suddenly time sem dua die confess. OMG die baru clash ngan awek die tetibe confess pulak. Sis pulak time tu maybe dah umur menggatal nak jugak ade boyfie tgok org lain bahagi dgan boyfie masing-masing. Siapa tak seronok kalau ade org suka kita kan? Maybe time tu otak fikir seronok perasaan sendiri je tak fikir perasaan kawan sendiri *teruknya sis* 

   Sis pun dah tak rapatlah dengan A. Rasa serba salah sentiasa ada. Tak pernah hilang until now. Nak jumpa die pun bukan nak sombong tapi tak berani nak tegur dia. Dah lama-lama tu baru tegur sikit-sikit. Die pernah menangis sebab die masih sayang R and sedih sebab sis buat mcm tu dekat dia. Bila dia cakap kawan sendiri tikam belakang sis terasa gilaa. Mcm mana nak ckap eh. Ok bayangkan. Korang sayang kawan korang and korang sayang laki korang jugak. But korg lagi pilih boy over friend. Korang tahu benda tu salah tapi masih buat. Hidup dengan perasaan serba salah. I really hate that feeling. But time flies, so maybe sis dah boleh handle? kot.... 

   Kitorang memang serious. Sampai ckp nak nikah gantung semua. Sis bukan tak suka tapi tak ready. Muda lagi time tu. Then lepas habis matrik relay kitorg mcm goyang sikit. Kita makin lama hidup mesti nak berubah jadi baik kan. Tulah yang sis fikir. Sis yakin kalau dalam relay ade trust with each other gerenti nothing can break it down. Time dah habes matrik cuti sementara tunggu result martik and upu sis tak kerja. Duduk je rumah surf intenet. Lepas tu sis dpt banyak cerita pahal couple tu zina and zina tu haram. Even ws bias biasa yg takde faedah tu dikira mendekati zina and haram. Sis tanak relay kitorg takde berkat and redha Allah takot tak kekal lama. So sis amek inisiatif kurg ws die, kurang layan die. Maybe die susah nak faham kot. Sis amat amat amat percaya relay akan masih kekal kalau ade trust and keberkatan serta doa everyday. Maybe die nak sentiasa ade 24 jam seminggu. Serious sis tak layan laki lain selain die. 

  Sis dah try pujuk dia. Die memang jenis degil payah sikit nak dengar cakap. Yang paling buat sis marah die boleh cerita masalah kitorg dekat org lain. kalau laki takpe lagi nie perempuan. Kalau sis buat tahu pulak die melenting. Bukan sorang . Tapi dua orang. Lepas tu orang ajak berbincang slow talk tanak dengar, Sis pun maybe ego tinggi sangat block ws and ig die. Bukan sebab benci, sebab die degil tanak dengar ckp. Bagi relay kitorg nie slow slow. And nak tahu what happen after 2 months? HAHAHAHAHA. Die dah ade awek baruu. 2 months beb. Peh berkecai roboh pecah segala bendalah. Bersayang bagai dekat fb. Sis tak tahu kenapa die buat mcm tu. Sis dah explain dah dekat die. Then suddenly... haihh this is what i call karma. What you do you get back exactly the same. Sis redo. And setakat nie tak pernah lagi sis menagis sebab laki. Why? not worth it. 

Kalau betul dia sayang, dia akan stay.
Kalau betul dia sayang, dia takkan cari pengganti.
Kalau betul dia sayang, dia akan tunggu kita.

Okay sis tak pernah serious dalam mana mana relay but this the first. So memang broken heart gilaaa meroyan tu biasa stalk tu biasa hahaha. Biarlah die bahagia dengan orang lain. Maybe takde jodoh. 

But right now at this moment, sis masih harap miracle happen. 



Thursday, 9 June 2016

Hari keempat puasa

   بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

            Assalamualaikum semua. Wah setelah sekian lama tak update blog, akhirnya. Yeay rini dah start puasa bulan Ramadhan. Sekarang ni tengah exam final semester. So no assignment. No test. No quiz. and most important is no training rotu navy. Well banyak gila benda berlaku dalam masa yang singkat nie. countless. So kite start dengan yg latest la. Yang lepas tu biarkan lepas. Lama dah nak cerita tapi tak kesampaian. Okey, sekarang ni ade masalah dengan rakan sekelas and rakan satu squad. Siti takut sangat siti hilang kawan rapat siti. Sampaikan siti mengelak dari depe even deep in side rindu sangat sangat dekat depe. Merajuk maybe. Tapi serius taleh lama. nanti bosan takde sape nak kacau. But seems depe langsung tak kesah pasal siti. Okey tak mengharap sangat pun.

    Nak cerita pasal kawan rapat siti sorang nie. Die ade banyak sangat panggilan yg siti bagi. keping. kek pisang. badut.hahahahaha jahat kan. tapi die tak kesah. dialah orang yang tak pernah ambil hati dengan gurauan siti. dialah orang yang masih layan siti. even kitorang tahu yg masing masing tengah sakit hati, but still kitorang masih rapat. dengan dialah siti paling selesa berkawan. dunno since when. dah rasa mcm tak rapat. die pun mcm nak tanak layan. maybe dah bosan kawan dengan siti atau dah tak tahan. well takpelah tak semua orang boleh suka dengan perangai kita.

   siti ingat lagi masa mula-mula kenal.siti ingatkan die mcm ganas lasak gitu tau. brutal gitu. tapi dialah yang paling memahami. die sangat suka belanja orang makan walaupun duit die tengah sikit. dan die sangatlah pentingkan makanan.kekekeke tapi badan still cekeding. kuruih dah tapi tatau kenapa ckp diri sendiri gemuk. perati jeee.

   sem depan die pindah kolej baru. jauh dari kolej asal dan jauh dari fakulti. tak tahulah mcm mana dia hidup nnt. bertabahlah ye sahabat. mungkin ini ujian untuk hang. setiap ujian pasti ada hikmahnya. tak tahulah sem depan cemana. mesti lagi rindu gilaa. tambah tambah jumpa waktu kelas je. siti ingat lagi kitorang pernah ponteng kuliah. seumur hidup siti tak pernah tau, hahahahaha jangan kantoi sudah, tulah kali pertama siti ponteng kuliah. alah kitorg bukannya buat apa pun, tidur kat masjid jaa qada tidur yang dpt disebabkan siapkan assignment. banyak gila kenangan dengan budak nie.

    masa awal sem satu, time tu masih tak rapat. just selalu pergi mana-mana sama-sama tu je. kitorg suka pergi masjid time rehat waktu zohor sebab boleh tidur sebelum masuk waktu zohor and kat masjid lebih selesa. kalau kat surau padat sangat and tak selesa untuk rehat. lepas solat turun pergi mart dekat masjid. ade sorang akak tu tegur 'kawan baik ke?' siti mcm blurr kejap. siti ckplah 'eh takdelah rapat sangat. kawan sekelas je' time tu memang serious tak rapat langsung hahahaha . akak tu tegur maybe sebab kebetulan pakaian kitorg hari tu sama just beza warna. siti warna biru budak tu warna merah. baju tudung kain semua sama. warna je lain. kebetulan kot rasanya hahaha .

   kenangan naik motor dengan dia. Ya Allah memang takkan lupa hahahaha . die sangatlah cool orangnya. tapi bab kenderaan die fail sikit. die trauma bawak motor sebab pernah langgar pokok kot tak silap. tapi trauma lah bawak motor. pernah sekali ehhhh banyak kali jugak lah die bawah mensasar. haritu pernah langgar side jalan. nasib baik org tak ramai. tapi kalau duduk belakang die bawak motor sentiasalah berwaspada. almaklum budak baru belajar.

   satu lagi time sem dua yang kes goreng pisang. Ya Allah kelakar sangat bila ingat balek benda paling jahat siti pernah buat. rasa serba salah pun ada jugak sebab kawan kita yang kene. kes die mcm nie, setiap hari selasa akan ada pasar malam dekat utm. and setiap hari selasa malam siti ade training. petg tu budak tu ws dkat grup tanya goreng psang siapa tepi lokar dia. siti pun reply dengan nasa memain ckp siti yg hntar pakai delivery. tak tahu pulak depe percaya bulat2 and makan. siti pm budak tu personal ckp ish bising makan je lah org dah hntar. maybe bg depe siti srious kot. lepas je ws siti tak tgok fone sebab rushing training. balek lepas training bukak ws ckp ade budak tuntut goreng pisang. kesian depe yg kene tanggung malu. ade lagi sorg kawan siti die ckp die geram gila ngan siti. hehehe sorry sis. maybe gurau siti melampau, tapi si keding tu, die rilek je.bukan rilek sangatlah. die mcm tak kesah. ntah nak ckp cemana pun tatau. tapi die cool je lah hahahaha.

   disebabkan rasa serba salah tipu kawan siti sampai tuan punya goreng pisang dah tuntut. siti pun pergilah beli goreng pisang baru untuk diganti. mungkin bukan nasib tuan goreng pisang tu kot. pengirim goreng pisang salah hantar. maka jadilah alkisah goreng pisang yang tiada rezeki. Ya Allah mcm mcm kenangan bila ingat balek. time sem satu selalu tidur dengan dia. time exam selalu study sama-sama. stay up sama-sama. budak tu pandai serious talk die je yg tak sedar. biarkan die tak sedar nnt die makin malas hahahaha

  Siti sangat sangat bersyukur kenal dengan budak nie. Bertabahlah ye dpt kawan yang mcm siti. Nah nak belanja gmabar die satu.

Inilah keping